Pages


JULAU SARAWAK
Daerah ini dahulunya merupakan daerah kecil daripada bahagian kanowit,ia kemudiannya telah di naik taraf oleh kerajaan pada masa itu menjadi sebuah daerah penuh pada 2 April 1973 dan diletakan di dalam pentadbiran bahagian Sarikei. ia nya mempunyai keluasan 1,703 km persegi iaitu bersamaan dengan 39.32% daripada keseluruhan dan keluasan Bahagian sarikei dengan jumlah penduduk seramai 17,276 orang.Julau kini mudah dihubungi melalui jalan raya iaitu jaringan lebuh raya pan Borneo dengan beberapa bandar lain antaranya sarikei (66 km) bingtangor (48 km) kanowit (39 km) dan sibu (66 km).untuk datang ke daerah ini anda boleh menggunakan pergangkutan seperti bas van penumpang atau kenderaan persendirian.
Walau bagaimanapun,pengangkutan sungai masih dijadikan sebagai pengangkutan utama bagi penduduk kawasan perdalaman untuk ke pekan julau.Ia juga menerima tempias pembangunan ekonomi dengan meningkatnya aktiviti perniagaan di sini.Disebabkan kedudukannya berhampiran dengan dua buah bandar utama kawasan tengah sarawak iaitu bandar sibu dan bandar sarikei.Daerah julau ini terkenal dengan hasil pengeluaran lada hitam.Disamping itu,apabila musim buah-buahan,pekan julau ini terkenal dengan buah-buahan tempatan seperti rambutan,durian, manggis, langsat,dan buah dabai,dan yang paling terkenal sekali di seluruh sarawak ialah buah duriannya yang lazat.serta pelbagai sayur-sayuran hutan,harganya juga memang berpatutan dari harga tempat yang lain.