Pages

PEMBANGUNAN MENUA JULAU









MAJU DAN TERUS MAJU






JULAU SARAWAK
Daerah ini dahulunya merupakan daerah kecil daripada bahagian kanowit,ia kemudiannya telah di naik taraf oleh kerajaan pada masa itu menjadi sebuah daerah penuh pada 2 April 1973 dan diletakan di dalam pentadbiran bahagian Sarikei. ia nya mempunyai keluasan 1,703 km persegi iaitu bersamaan dengan 39.32% daripada keseluruhan dan keluasan Bahagian sarikei dengan jumlah penduduk seramai 17,276 orang.Julau kini mudah dihubungi melalui jalan raya iaitu jaringan lebuh raya pan Borneo dengan beberapa bandar lain antaranya sarikei (66 km) bingtangor (48 km) kanowit (39 km) dan sibu (66 km).untuk datang ke daerah ini anda boleh menggunakan pergangkutan seperti bas van penumpang atau kenderaan persendirian.
Walau bagaimanapun,pengangkutan sungai masih dijadikan sebagai pengangkutan utama bagi penduduk kawasan perdalaman untuk ke pekan julau.Ia juga menerima tempias pembangunan ekonomi dengan meningkatnya aktiviti perniagaan di sini.Disebabkan kedudukannya berhampiran dengan dua buah bandar utama kawasan tengah sarawak iaitu bandar sibu dan bandar sarikei.Daerah julau ini terkenal dengan hasil pengeluaran lada hitam.Disamping itu,apabila musim buah-buahan,pekan julau ini terkenal dengan buah-buahan tempatan seperti rambutan,durian, manggis, langsat,dan buah dabai,dan yang paling terkenal sekali di seluruh sarawak ialah buah duriannya yang lazat.serta pelbagai sayur-sayuran hutan,harganya juga memang berpatutan dari harga tempat yang lain.

NAMA ASAL JULAU


Bagai mana julau mendapat nama? julau terletak jauh dari batang rajang dan berdekatan di antara sungai julau dengan sungai kanowit. pada masa dulu,pengunjung yang datang termasuk juga penduduk tampatan agak susah untuk mewujudkan daerah julau ini kerana kawasannya di kelilingi hutan.oleh itu penduduk tempatan mengelarkan tempat tersebut`ULAU' dalam bahasa iban bermaksud susah mwngenal pasti kewujudtannya.ia kemudiannya di sebut sebagai JULAU sehingga ke hari ini.
PENUBUHAN BAZAAR JULAU
Bazaar julau telah di wujudkan atau dibangunkan oleh golongan kaum cina ia itu`CINA FOOCHOWS' yang di pimpin oleh Lee Ee Lock yang datang dari sibu ke julau pada tahun 1936.pada mulanya,mereka membina 6 buah rumah kedai papan dengan bumbung atap kayu belian.pada tahun 1940, 6 buah rumah kedai lagi telah di bina. pada tahun yang sama juga Roman katolik Mission datang dan menbina sebuah sebuah sekolah yang di beri nama St Alphonsus.peniagaan yang di jalankan pada mulanya agak lambat,tetapi secara pelahan-lahan,penduduk di situ khususnya iban menjual getah dan kayu belian kepada tauke cina yang menjual garam,tembakau dan sebagainya sebagai sumber pendapatan.